4
Komen
Sedikit Emosional

Assalamualaikum.

Walaupun hanya Koko Krunch, tetap nampak sedap masa tengah lapar ni.


Hari ni Ramadhan ke-12 bukan? Kejap je masa berlalu. Bulan Ramadhan ni bulan umat Islam, ganjaran dari semua sudut berlipat kali ganda. Orang jual air tebu pun dapat pendapatan lumayan sepanjang bulan puasa kan? Itu harta dunia yang kita memang tahu betapa masyuknya. Kalau saham untuk akhirat macam mana? Kalaulah saham dan pahala yang kita buat sepanjang bulan ni nampak zahir di depan mata, sudah tentu kita berharap sepanjang tahun adalah bulan Ramadhan. Tapi itulah, siapa yang kejar akhirat saja nampak dan berusaha melipatkaligandakan amalan dan usaha mereka.

Sebenarnya aku saja nak bagitau, bila semua orang dah kenyang berbuka puasa dengan family, aku belum lagi jamah benda yang mengenyangkan. Bila orang azan Isyak, barulah makan nasi dan benda-benda berat lain. Biasanya waktu berbuka aku makan buah kurma dengan air masak je.

Sebabnya encek suami hari-hari balik lambat walaupun bulan puasa. Pukul 7.30 baru on the way balik, pukul 9.30 barulah sampai rumah. Nak buat macam mana, tempat kerja jauh. So aku ni pun tak sampai hati tengok dia berbuka sorang2 kat rumah, jadinya aku ambil keputusan makan yang ringan2 aja sementara tunggu encek suami balik.

Mula-mula rasa tak seronok sebab dah berapa jam baru nak makan benda berat, perut pun dah masuk angin. Selalu sangat makan tak habis. Tapi lama-lama dah rasa OK. Lagi pun dah tak lama kan nak raya. So bertahan saja la.

Orang lain bila bulan puasa dapat balik awal, tapi encek suami lain pulak. Ada ke dilewatkan lagi waktu balik kerja. Orang lain dah tadah tangan baca doa berbuka, diorang masih lagi duk kerja. Tak faham betul dengan majikan macam ni. Takpelah, jawab di mahkamah akhirat nanti. Jawab depan Allah. Takkan tak tau hukum melewatkan waktu berbuka. Hmmmm



*Emosional*




4 surat cinta wangi:

cinta amerqastrina said... [Reply to comment]

alalalalaaa... xpela dear... berkat kesabaran di bulan ramadhan akan dibalas dengan berlipat kali pahala ALLAH S.W.T ... kita dikehendaki makan sehingga kita bejaya luruskan tulang belakang.. dan behentila jika tulang tersebut telah lurus...


selamat berpuasa dan selamat berbuka ^_^


jop singgah blog ye =)

MAY said... [Reply to comment]

opis ak plk bg blk 430.ak pun teruje la blh siapkn menu berbuke.tp bl nk blk awl je mcm org bt slh kat dept ak tu.bengang tol..dept ak je.org len x.da blk ari2 dkt pkl 7.ari2 bgks lauk kat bazaar je.hm.

Zana Adieyza said... [Reply to comment]

kenapalah majikan tu x boleh bertimbang rasa cikit.. puasa tu sebulan jer.. hhhmmm..

xpelah dear.. banyakkan bersabar.. tapi kalau boleh, jangan bagi perut tu masuk angin k..makan buah sementara nak makan nasi tu..

cik kuning said... [Reply to comment]

bersabar ye cik izyan..ada hikmah semuanya..=)
http://cikkunin.blogpsot.com
http://atloveshops.blogspot.com