6
Komen
Minat Baru Semasa "Bertapa"

Assalamulaikum pembaca senyap yang dirindui sekalian alam.

Blog ni bukan saja berhabuk tapi dah tak nampak rupa blog kan kan. Kesian betul sebab dapat tuan yang menganaktirikan blog sendiri. Lama sangat tak blogging, nak taip entri pun terkial-kial, terhegeh-hegeh, teragak-agak dan ter ter ter. Ok, insyaallah lepas ni akan cuba cari masa update blog jugak (konon). Okie-dokie, sekarang Cik Puan Izyan nak share tentang minat baru yang dah bertukar jadi part-time job.

Ingat tak dulu Cik Puan Izyan kata ada projek besar nak dilaksanakan tahun ni?Inilah projek besar itu. Menjadi Part-time Make-up Artist. yiihaaa (cehh, sungguh kurang sopan di situ ye) Jom cekidaut hasil kerja saya ye ye :D



Ok, ni antara hasil kerja saya sepanjang bertapa dari dunia blog. Eh?Walaupun baru berjinak-jinak dalam dunia conteng2 muka orang ni, alhamdulillah ada juga yang tidak ragu2 untuk menggunakan servis saya. Kalau korang nak gi dinner tapi nak touch-up kan sikit muka tu, boleh cari Cik Izyan ye. Eh, bukan tu saja, kalau korang nak kahwin ke bertunang ke atau apa saja, just inform me yeah. Jangan risau, harga berpatutan dan servis terbaik sudah pastinya disediakan untuk anda. Chewaah. Ayat promote tak hengat dunia baq hang!!




Nak tengok hasil lain lagi?sila klik di sini ye
Yann Eskay's Touch

Minat Cik Puan Izyan dari kecik sampai la besar (besar la sangatt) memang suka berjual-jualan atau bahasa profesionalnya 'berniaga'. Ingat lagi dulu pernah message kat mak ayah kata nak berhenti kerja kerajaan. Nak balik kampung buka butik jual tudung. Entah hantu mana merasuk pun tak tau lah. Mak bapak mana la yang nak anaknya berhenti kerja kerajaan, lepas tu balik kampung buka bisnes jual2 tudung. Haruslah dibangkang ye dok?

Sekarang, minat tu akhirnya dapat direalisasikan juga walaupun tak berhenti kerja kerajaan. Nasib baik mak ayah tolong support buka bisnes online. So, terlaksana jugalah hajat yang sekian lama terpendam ni. Pada yang suka dan minat dengan tudung bawal, boleh klik di Two Minutes Boutique dan happy shopping ye :)
Antara koleksi kami macam kat gambar2 ni ye




 Semua koleksi adalah dari tudung bawal gred 1 dan manik dijahit tangan ye. Bukan manik iron tu tau tau. Pada sesiapa berminat nak tengok koleksi lain, bleh klik sini ye Two Minutes Boutique.




6 surat cinta wangi:

mamavogue said... [Reply to comment]

wahh cantik nyer..
tukang make up pun cantik sbb tu hasil nyer pun menarik.

Ms Velentine said... [Reply to comment]

wow...pic no.2 tue yg menarik..muka dia berubah mcm nurul syuhada

AyaZuki Is Cullen said... [Reply to comment]

cantik sangat.. :)

Pink Lavender said... [Reply to comment]

sgt cantekk
izyan pon cantek...

jemput follow makneng juga

Dr Hannan said... [Reply to comment]

cantek

Qurratuaini Wajihah said... [Reply to comment]

pandainya make up! hehe :)