6
Komen
10 Bilik Tidur Pink Idaman Kalbu

Assalamualaikum wbt.

Bila sebut je warna pink, mesti kita akan kaitkan dengan budak perempuan. Tak kira lah budak tu kecik ke besar, tapi mesti perempuan. Pernah dengar orang lelaki suka warna pink?Selama aku hidup 25 tahun ni, tak jumpa lagi orang lelaki macam tu. Kalau korang pernah jumpa, mai inform kat aku. Aku nak interview dia sikit. Kihkih. Ok ok, hari ni aku nak ajak korang semua cuci mata tengok bilik-bilik tidur yang berwarna pink yang confirm akan menjadi kegilaan korang semua terutama para gadisss.cekidaut yaww! (terima kasih kat pakcik google)

First time tengok terus kata Wow, cantikkan. Sesuai untuk sesiapa yang ada anak perempuan. Tengok budak pempuan tu. Mesti bangga bilik dia cantik. Kuda pun taknak kalah. Pink jugak!

Yang ni pulak tak sesuai untuk kanak-kanak. Tapi memang sesuai untuk kanak-kanak tua (remaja la tu) :p

Yang ini pun sweet sebab wallpaper berjalur dan perabot semuanya warna pink lembut dan ada sesetengah decoration warna shock pink.

Elegance! Tak salah kalau letak warna hitam sikit. Menarikkan?

Ini untuk perempuan berjiwa berani sebab banyak warna hitam dari pink. Err, aku tak berani (--')

Rasa tenang je tengok bilik macam ni sebab semuanya warna lembut dan diadun dengan warna putih sedikit. Cehh, macam nak buat kek pulak bila guna perkataan 'adun'.


Pink mata hitamku. Haha. Ok, memang sangat2 sweet tapi lagi sweet kalau ada twins perempuan.

Oh yes! This is may fav. Sebab cadar unik tu. Berbulu-bulu lagi youuu :p

Kalau yang ini macam mana pulak?Kombinasi tiga warna (hitam,pink dan putih)

The last one, banyaknya love. Sesuai untuk semua gadis kecil atau besar. Kecuali orang yang dah kahwin ye. Hehe


So, macam mana?ada yang berkenan di hati?Memang sangat cantik semua bilik tidur ni. Kalau ada bilik tidur macam kat atas ni, mesti nyenyak je tidur kan. Mimpi pun indah2. Tak gitu?Sebenarnya mood aku tengah menyala2 nak deco rumah. Itu pasal rajin surf internet cari idea. Nampak sangat malas nak beli buku Anjung Seri. Bahaha.

Kalau korang pun berniat nak deco bilik jadi sweet macam ni, bolehlah cedok sikit idea dari gambar2 ni. Kalau dah cantik, bolehlah share kat blog. Tak gitu? Wink wink ;)



*****

Dulu pernah berangan nak ada bilik pink,
tapi sampai la dah kawin ni tak pernah tertunai hasrat tu. 
Cuma sempat cat bilik tidur kat rumah ayah dengan warna pink aje.
Kesiannn.







6 surat cinta wangi:

Nor Aini said... [Reply to comment]

wah ! chanteknyer.
ni kalau dapat bilik camni confurm ta bgn tido kan ? -,-

PUAN SUE said... [Reply to comment]

su dapat wat untuk kawen ari tu..heee..seronokkk

Onitsuka_hana said... [Reply to comment]

hana suka hijau..nnt nak wat bilik wana ijau hehe

izyansyazwani said... [Reply to comment]

@Nor Aini ntah2 x kuar bilik terus aini..bilik cantik katakan..hehe

izyansyazwani said... [Reply to comment]

@PUAN SUE ha'ah..memang cantik bilik sue..lepas ni klu ez nk buat pun, buat kt bilik anak2 pompuan je la..doakan ez ye..hihi

izyansyazwani said... [Reply to comment]

@Onitsuka_hana hijau tu warna alam..mesti mendamaikan aje..hehe