1
Komen
10 Bilik Tidur Hijau Sehijau Alam Terbentang Luas

Selepas dah review bedroom colour pink dan biru, hari ni aku sambung lagi dengan entri bedroom hijau sehijau alam khas untuk korang semua. Oh, entri ini juga untuk Cik Onitsuka Hana kita ye. Hehe. Ok, mari semua kita tengok pulak bilik tidur yang berbaju hijau macam abang askar.(thanks sekali lagi pada pakcik google)

Tetiba aku rasa hijau ni sesuai untuk encik-encik askar. Boleh gitu?hihi

Cantik jugak warna ni. Hijau dan putih memang ngam!

Paling suka wallpaper bilik ni. Orang kata, sesiapa yang suka corak berjalur bermakna dia adalah sorang yang tegas.

Macam spa kan? Baru perasan yang sebenarnya warna coklat adalah pasangan yang paling ideal untuk warna hijau.

Ok, yang ini pulak wallpaper melintang. Maksudnya, orang yang memilih corak sebegini adalah seorang yang tenang dan cool! Cool macam Mat Cool Mat Cool kawanku ke?hihi

Mewahnya bilik ni. Luas pulak tu. Semua perabot warna putih. Sangat country!

Yang ini pun sama kan. Simple but very nice bedroom :)

Saja letak gambar yang ini sebab unik sangat decoration bilik ni. Ada sesiapa berani buat macam ni tak?

Cantiknya bilik ni..............................hehe

Lepas ni, boleh pilih nak match kan warna hijau dengan coklat macam kat atas ni atau warna putih untuk kesan yang lebih moden.


Ha tengok, warna hijau pun cantik tau. Sama cantik dengan warna pink dan biru. jadi lepas ni pada sesiapa yang pernah terlintas di hati nak deco bedroom dengan warna hijau, jangan ragu-ragu lagi. Teruskan hasrat anda dan selalu-selalulah rujuk pada buku hiasan dalaman atau cari je kat google. Senang tu. Selamat mencuba ;)


*****


Lepas ni nak tengok bedroom warna apa lagi? Ada sesiapa nak request?
Tengah mood rajinlah katakan :p






1 surat cinta wangi:

Onitsuka_hana said... [Reply to comment]

tq2

suma cantik2 aih.. nak kena gabung2 dekorasi semua tu jadi 1 bilik.hehe kena letak pokok hidup dalam bilik, kat syiling da corak.Kalu dapat bilik cm2 sehari suntuk xkuar bilik.hee