0
Komen
Make Over Bernilai RM350 untuk Blogger Bertuah

Assalamualaikum dan selamat pagi

Saya mencari blogger yang ingin mencuba make over percuma dari saya (Yann Eskay's Touch). Slot ni terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat tetapi pemilihan akan dibuat dulu oleh saya dari segi bentuk muka, warna dan keadaan kulit wajah. Tujuan make over ini ialah untuk saya mencuba barang-barang makeup baru (untuk tujuan upgrade) dan mencuba skill baru yang dipelajari.



Syarat-syarat :

  • Mestilah seorang blogger
  • Mempunyai kenderaan sendiri
  • Membuat entri mengenai make over ini dan meletakkan link blog, fb, fb page dan instagram saya di entri tersebut
  • Tiada bayaran dikenakan atau diberikan
  • Tidak perlu asas solekan
  • Tidak ada sejarah alahan terhadap barang solek

Jadi kepada blogger yang berminat untuk mencuba, sila tinggalkan link blog anda di bawah ini dan sertakan sekali kenapa anda memerlukan sesi make over ini.

Kepada blogger yang terpilih, saya akan hubungi anda dan akan berikan detail yang lain. Terima kasih.



4
Komen
Sedikit Emosional

Assalamualaikum.

Walaupun hanya Koko Krunch, tetap nampak sedap masa tengah lapar ni.


Hari ni Ramadhan ke-12 bukan? Kejap je masa berlalu. Bulan Ramadhan ni bulan umat Islam, ganjaran dari semua sudut berlipat kali ganda. Orang jual air tebu pun dapat pendapatan lumayan sepanjang bulan puasa kan? Itu harta dunia yang kita memang tahu betapa masyuknya. Kalau saham untuk akhirat macam mana? Kalaulah saham dan pahala yang kita buat sepanjang bulan ni nampak zahir di depan mata, sudah tentu kita berharap sepanjang tahun adalah bulan Ramadhan. Tapi itulah, siapa yang kejar akhirat saja nampak dan berusaha melipatkaligandakan amalan dan usaha mereka.

Sebenarnya aku saja nak bagitau, bila semua orang dah kenyang berbuka puasa dengan family, aku belum lagi jamah benda yang mengenyangkan. Bila orang azan Isyak, barulah makan nasi dan benda-benda berat lain. Biasanya waktu berbuka aku makan buah kurma dengan air masak je.

Sebabnya encek suami hari-hari balik lambat walaupun bulan puasa. Pukul 7.30 baru on the way balik, pukul 9.30 barulah sampai rumah. Nak buat macam mana, tempat kerja jauh. So aku ni pun tak sampai hati tengok dia berbuka sorang2 kat rumah, jadinya aku ambil keputusan makan yang ringan2 aja sementara tunggu encek suami balik.

Mula-mula rasa tak seronok sebab dah berapa jam baru nak makan benda berat, perut pun dah masuk angin. Selalu sangat makan tak habis. Tapi lama-lama dah rasa OK. Lagi pun dah tak lama kan nak raya. So bertahan saja la.

Orang lain bila bulan puasa dapat balik awal, tapi encek suami lain pulak. Ada ke dilewatkan lagi waktu balik kerja. Orang lain dah tadah tangan baca doa berbuka, diorang masih lagi duk kerja. Tak faham betul dengan majikan macam ni. Takpelah, jawab di mahkamah akhirat nanti. Jawab depan Allah. Takkan tak tau hukum melewatkan waktu berbuka. Hmmmm



*Emosional*




0
Komen
Tudung Bawal Batu Swarovski (Handmade)

Assalamualaikum.

Just a simple entry. Pada mana-mana gadis Melayu yang suka sangat pakai tudung bawal, boleh tengok stock tudung terbaru di FB PAGE : Two Minutes Boutique. Stock adalah terhad dan setiap warna untuk design juga sangat terhad.


 Semua manik adalah jahitan tangan dan kain tudung made from bawal gred 1. 
Senang dibentuk dan dijaga. 
Kualiti adalah dijamin 100%.
Stock sangat terhad.
First come, first served.
Boleh dijadikan hadiah atau buah tangan untuk buah hati anda, ibu, ibu mertua, majikan, dan orang yang anda sayangi.
Nak pakai masa bertunang?nikah?kahwin?pun boleh!
Berbaloi-baloi!




nak tengok yanglain lagi?cepat klik
TWO MINUTES BOUTIQUE



4
Komen
August Please Be Nice To Me

Assalamualaikum.


Entah angin apa yang bertiup, tetiba hari ni terasa nak update blog. Oh sebelum tu, bermula dengan entri ini, owner of the blog tak akan lagi guna kata ganti 'saya', sebaliknya akan terus guna perkataan 'aku', so that barulah jadi diri sendiri kan kan.

Baru je berharap supaya Ogos ni akan jadi bulan yang best, al-maklumlah bukan ke nak sambut raya nanti, tapi baru je berharap, dah jadi benda2 yang kurang diingini. Sokey sokey, chilex sudah daripada duk terpikir aje benda tak berpaedah ni.

Sebenarnya rindu nak update aktiviti yang aku duk buat selama tak update blog ni tapi aku malulah pulak kalau orang baca (dah tu apa motif buat blog?) Korang pernah rasa macam tu? Daripada orang tak tau, bila kita update habis semua orang baca dan tahu sedikit-sebanyak pasal kita. Entah kenapa tetiba je aku rasa macam ni. Padahal dah berapa puluh entri duk update selama ni tak tau kemaluan pulak eh tak tau malu pulak!

So aku buat keputusan, setiap entri yang hendak diwar-warkan seantero dunia haruslah ditapis dahulu baru kita up ok. Entri murahan macam jari terhiris semasa memotong sayur tak payahlah nak update! Ko ingat ko JLo habis semua benda luar dalam nak cerita. Bikin annoying saja tahu.

I hope the beautiful August will always shining my days and always be nice to me and please pray for keep updating my blog. See u on the next entry. Qualified entry!



6
Komen
Minat Baru Semasa "Bertapa"

Assalamulaikum pembaca senyap yang dirindui sekalian alam.

Blog ni bukan saja berhabuk tapi dah tak nampak rupa blog kan kan. Kesian betul sebab dapat tuan yang menganaktirikan blog sendiri. Lama sangat tak blogging, nak taip entri pun terkial-kial, terhegeh-hegeh, teragak-agak dan ter ter ter. Ok, insyaallah lepas ni akan cuba cari masa update blog jugak (konon). Okie-dokie, sekarang Cik Puan Izyan nak share tentang minat baru yang dah bertukar jadi part-time job.

Ingat tak dulu Cik Puan Izyan kata ada projek besar nak dilaksanakan tahun ni?Inilah projek besar itu. Menjadi Part-time Make-up Artist. yiihaaa (cehh, sungguh kurang sopan di situ ye) Jom cekidaut hasil kerja saya ye ye :D



Ok, ni antara hasil kerja saya sepanjang bertapa dari dunia blog. Eh?Walaupun baru berjinak-jinak dalam dunia conteng2 muka orang ni, alhamdulillah ada juga yang tidak ragu2 untuk menggunakan servis saya. Kalau korang nak gi dinner tapi nak touch-up kan sikit muka tu, boleh cari Cik Izyan ye. Eh, bukan tu saja, kalau korang nak kahwin ke bertunang ke atau apa saja, just inform me yeah. Jangan risau, harga berpatutan dan servis terbaik sudah pastinya disediakan untuk anda. Chewaah. Ayat promote tak hengat dunia baq hang!!




Nak tengok hasil lain lagi?sila klik di sini ye
Yann Eskay's Touch

Minat Cik Puan Izyan dari kecik sampai la besar (besar la sangatt) memang suka berjual-jualan atau bahasa profesionalnya 'berniaga'. Ingat lagi dulu pernah message kat mak ayah kata nak berhenti kerja kerajaan. Nak balik kampung buka butik jual tudung. Entah hantu mana merasuk pun tak tau lah. Mak bapak mana la yang nak anaknya berhenti kerja kerajaan, lepas tu balik kampung buka bisnes jual2 tudung. Haruslah dibangkang ye dok?

Sekarang, minat tu akhirnya dapat direalisasikan juga walaupun tak berhenti kerja kerajaan. Nasib baik mak ayah tolong support buka bisnes online. So, terlaksana jugalah hajat yang sekian lama terpendam ni. Pada yang suka dan minat dengan tudung bawal, boleh klik di Two Minutes Boutique dan happy shopping ye :)
Antara koleksi kami macam kat gambar2 ni ye




 Semua koleksi adalah dari tudung bawal gred 1 dan manik dijahit tangan ye. Bukan manik iron tu tau tau. Pada sesiapa berminat nak tengok koleksi lain, bleh klik sini ye Two Minutes Boutique.




20
Komen
Perkara Yang Tak Dijangka




Minggu lepas, ada kakak office bagitau nampak gambar saya dalam satu majalah ni. Mula-mula saya tak percaya, takkanlah ada orang ambil kot. Masa tu memang terfikir diorang ni salah orang. Mesti orang lain yang nampak macam saya. Tapi bila diorang confident sangat bercerita, so petang tu jugak saya pergi kedai cari majalah tersebut.

Belek punya belek, cari punya cari, SAH memang gambar saya yang di'shoot oleh Encik Faiz Hj Arman masa muslimah photoshoot di Taman Wetland, Putrajaya sempena menyambut ketibaan Ramadhan. Tergamam bila tengok gambar kita dan diedit serta dicrop diletakkan di bahagian cerpen tanpa pengetahuan kita.

Saya tahu mungkin diorang google dan jumpa gambar ni lepas tu terus edit letak kat bahagian cerpen. Gambar ni memang saya publish di blog saya. Sangat sedih bila dapat tahu. Senangnya ambil gambar orang tanpa minta izin. Terfikir untuk ambil tindakan selepas dinasihatkan oleh pegawai.



*****



Malas nak cakap banyak (T__T)